Monday 12 October 2015

Teknologi Dalam Islam Terhadap Manusia

     pendahuluan
 
 
 Assalammualaikum kami ucapkan kepada Tuan Puan .
    Kami amat berbesar hati mendapat kerja khursus ini kerana dengan kerja ini kami lebih tahu akan pentingnya teknologi dan keburukan kepada kami dan masyarakat . Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Polisas kerana menolong kami serba sedikit dalam menjayakan kerja khursus ini .



                               KEPERLUAN TEKNOLOGI
                                DALAM
                                 ISLAM




Sains adalah satu kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi dan juga bagaimana alam semulajadi ini memberi kesan kepada kita dan persekitaran. Informasi yang diperolehi melalui kajian secara saintifik dikenali sebagai pengetahuan saintifik. Melalui pengetahuan saintifik ini  banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi.Aplikasi kepada pengetahuan saintifik untuk kegunaan manusia pula dikenali sebagai teknologi. Manusia menggunakan teknologi dalam setiap aspek kehidupannya. Oleh itu, sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita.
           Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah membantu manusia dalam kehidupan seharian. Dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi ini pelbagai ciptaan telah diperkenalkan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja manusia, di samping memberikan hasil yang lebih bermutu. Ini telah memberi banyak manafaat kepada manusia terutamanya dalam bidang domestik, pengangkutan, pertanian, komunikasi dan perubatan.  


              KEINGINAN TEKNOLOGI
DALAM
ISLAM


 Semakin berkembangnya pola pikir manusia dalam mengembangkan ilmu  pengetahuan/ sains dan rasa keingin tahuan yang tinggi membuat semakin  berkembang ilmu pengetahuan/ sains begitu pesat, serta dalam mendalami ilmu itu sendiri maupun dalam upaya penerapan ilmu pengetahuan dalam bentuk teknologinya. Di zaman sekarang perkembangan teknologi memang sangat diperlukan dan  begitu pesat. Setiap inovasi diciptakan untuk memberikan manfaat positif bagi kehidupan manusia. Memberikan banyak kemudahan, serta sebagai cara baru dalam melakukan aktifitas manusia. Khusus dalam bidang teknologi masyarakat sudah menikmati banyak manfaat yang dibawa oleh inovasi-inovasi yang telah dihasilkan dalam dekade terakhir ini. Dengan adanya perkembangan teknologi yang sangat memudahkan manusia dalam melakukan aktifitasnya membuat manusia masuk dalam era yang praktis dan serba instan. Namun manusia tidak bisa menipu diri sendiri akan kenyataan  bahwa teknologi mendatangkan berbagai efek negatif bagi manusia baik dalam  bidang ekonomi, kependudukan, sosial, dan dalam bidang lainnya. Oleh karena itu kita sebagai manusia harus bisa lebih bijak dalam memanfaatkan teknologi dan menggunakannnya




IMPAK KECANGGIHAN
TEKNOLOGI
TERHADAP
                          MANUSIA


Permulaannya, teori komunikasi telah bermula dengan penggabungan di antara kepantasan sosial dan perubahan ekonomi iaitu semasa Revolusi Industri di Eropah. Perubahan tersebut telah memberi kesan kepada pertumbuhan kepentingan peranan komunikasi kapitalis dan empayar dan juga kelebihan di dalam bidang sains bagi memahami dunia sebenar. Konsep komunikasi digunakan oleh ahli falsafah, Claude Hanride Saint Simon (1760-1825) di dalam (Thussu; 2000; International Communication).
Selain itu, pelbagai teori telah diwujudkan untuk membuktikan bahawa teknologi memberi kebaikan kepada kehidupan yang kian mencabar dan canggih ini. Menurut teori “Global Village” yang dibangunkan oleh Marshall McLuhan pada awal 1960-an, teknologi memberi banyak kelebihan kepada masyarakat dunia. “Global Village” ini mengandaikan bahawa satu dunia dapat diseimbangkan di mana satu dunia bersama-sama menyelesaikan masalah global dengan penggunaan teknologi komunikasi. Beliau mengandaikan bahawa tiada pendominasian dalam bidang politik, ekonomi dan sosio-budaya.
Menurut Teori “Global Village” yang dibangunkan oleh Marshall McLuhan, teknologi juga turut mempengaruhi politik. Demokrasi semakin diperluaskan dan ruang hak bersuara semakin diperbesarkan. Ini kerana terdapat pelbagai saluran pengedaran dan penyampaian yang membolehkan setiap individu menyuarakan pendapat dan hak mereka. Dan menurut McLuhan, teknologi membawa kepada perubahan sosio-budaya. Pada era tahun 2003, membawa masyarakat dunia kepada kebebasan bersuara melalui blog. Semua individu berhak mengatakan hak mereka dan mereka boleh berkongsi dengan masyarakat dunia. Dunia tidak dibatasi melainkan hanya jurang digital yang memisahkan sesetengah tempat untuk mengakses internet.




KEBAIKAN TEKNOLOGI


1 . Memudahkan kerja seharian .
2. Menjimatkan masa
3 . Kemudahan berkomunikasi
4 . Teknologi perubatan membantu dan   
     Mengubati pesakit
5 . Meningkatkan pengeluaran




KEBURUKAN TEKNOLOGI




1 . Berlakunya jenayah
2 . Kurang pergaulan
3 . Remaja tertedah dengan             Keruntuhan akhlak
4 . Menyebabkan Tanggungjawab         sebagai Umat Islam diabaiakan



kesimpulan



Teknologi mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan . Kita sebagai orang Islam , perlu menggunakan teknologi itu berpandukan syariat agama yang ditetapkan olehNya . Selain itu , kita mestilah berfikir dengan baik sebelum menggunakan sebarang teknologi agar kita tidak salah gunakan teknologi tersebut .